Hina Mahkamah Gadis Ini Dihukum 30 Hari Penjara

 
Foto: Orange
Foto: Orange
MIAMISeorang remaja dari  Florida, Amerika Syarikat  bernama Penelope Soto, dijatuhi hukuman 30 hari penjara setelah ia melakukan penghinaan pada seorang hakim ketika proses perbicaraan.
 
Gadis berusia 18 tahun ini ditangkap atas sebab memiliki ubat terlarang jenis Xanax. Saat di perbicaraan Soto melakukan penghinaan terhadap Hakim Jorge Rodriguez Chomat.
 
Hakim Chomat, menganggap Soto tidak menghormati jalannya perbicaraan kerana dia selalu tertawa saat dibacakan tuntutannya.
 
"Ini bukan lawak, anda tahu, kita tidak berada di dalam sebuah klub sekarang," kata Hakim Chomat, seperti dikutip NewYork Daily News, Rabu (6/2/2013).

Hakim Chomat, mengharuskan Soto membayar wang jaminan sebanyak USD5.000   sambil mengatakan “bye-bye” atau “selamat tinggal”. Namun, ketika itu Soto menjawab “Adios”.
 
Hakim Chomat menganggap hal itu merupakan penghinaan bagi mahkamah sehingga Soto dipanggil lagi untuk menghadap dan menambah hukuman dendanya menjadi 10,000 dollar  lagi.
 
Soto yang tidak terima akan hal itu ia langsung berteriak kepada Hakim chomat dengan nada umpatan. Hakim Chomat, kembali memanggil gadis muda itu dan langsung memberinya hukuman 30 hari penjara kerana telah menghina  mahkamah.

Gadis Dipenggal Kerana Tolak Lamaran

 30 Nov 2012

KABUL - Seorang lelaki di timur laut Wilayah Kunduz, Afghanistan, ditangkap pihak keselamatan  kerana dipercayai   memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun yang menolak lamarannya.

Dia ditangkap oleh polis  bersama seorang rakannya, setelah membunuh gadis itu di hari Isnin 26/1/2012 , waktu setempat.
Keduanya membunuh gadis itu sekitar 100 meter dari rumahnya, ketika  gadis itu tengah pergi mengambil air.

Menurut Ketua Daerah Imam Sahib, Quraishi, tertuduh meminang gadis yang bernama Gaiseena, melalui keluarganya pada tahun lalu, namun gadis itu menolaknya.
Namun Quraishi belum boleh memastikan apakah tertuduh dan seorang rakannya tersebut merupakan kerabat atau tidak.

Insiden itu terjadi selang satu bulan, setelah empat anggota polis tempatan Afghanistan (ALP), dijatuhi hukuman penjara lantaran memperkosa seorang perempuan.

Kes Cemburu! Gadis Ini Diceraikan Suami Kerana Terlalu Cantik!




MELBOURNE:Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Jason, 28, bertindak menceraikan isterinya yang baru sahaja berkahwin selama tiga bulan akibat terlalu cemburu kerana ramai lelaki yang mengganggu isterinya setiap malam melalui telefon atau datang ke rumahnya.

“Saya tidak tahan dengan situasi kehidupan kami sekarang. Isteri saya mempunyai ramai peminat dan sentiasa diganggu. Mungkin adalah lebih baik kalau kami bercerai.” katanya.

Isteri beliau, Katy, 27, sangat terkejut dengan tindakan itu dan tidak dapat menerima kenyataan, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jason tetap dengan pendirianya.


MyTabloid