Remaja batal terjun bangunan kerana sayu lihat tangisan ibu

myMetro
lias@hmetro.com.m 
IKUT EMOSI...remaja ditahan selepas membatalkan niatnya terjun bangunan.
IKUT EMOSI...remaja ditahan selepas membatalkan niatnya terjun bangunan.
KUCHING: Seorang remaja lelaki membatalkan niat terjun dari tingkat tiga bangunan empat tingkat selepas melihat kelibat ibu dan bapanya yang menangis selain merayu dia tidak meneruskan tindakan berkenaan di Chong Ling Park, Jalan Tabuan, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian jam 8 malam berlaku apabila remaja berusia 18 tahun yang bekerja di rumah urut berdekatan mengambil tindakan nekad itu selepas berdepan tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

Menurut sumber, perbuatan remaja terbabit dilihat orang ramai sebelum menghubungi polis.
“Remaja terbabit menyewa di bilik di bangunan berkenaan, duduk di tepi tingkap, seolah-olah mahu terjun.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, polis mendapatkan bantuan bomba dan penyelamat bagi memujuk remaja berkenaan.

“Apabila semua usaha buntu, polis terpaksa menghubungi keluarga remaja itu sebelum ibu dan bapa lelaki itu tiba beberapa minit kemudian,” katanya.
Katanya, dalam keadaan menangis, pasangan suami isteri itu kemudian kemudian bergegas ke tingkat tiga bagi memujuk anak mereka itu supaya tidak meneruskan perbuatan itu.

“Usaha dan pujukan pasangan itu membuahkan tinjauan apabila remaja terbabit membatalkan niat sambil meluru memeluk kedua ibu dan bapanya,” katanya.
Beliau berkata, remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Gadis Dipenggal Kerana Tolak Lamaran

 30 Nov 2012

KABUL - Seorang lelaki di timur laut Wilayah Kunduz, Afghanistan, ditangkap pihak keselamatan  kerana dipercayai   memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun yang menolak lamarannya.

Dia ditangkap oleh polis  bersama seorang rakannya, setelah membunuh gadis itu di hari Isnin 26/1/2012 , waktu setempat.
Keduanya membunuh gadis itu sekitar 100 meter dari rumahnya, ketika  gadis itu tengah pergi mengambil air.

Menurut Ketua Daerah Imam Sahib, Quraishi, tertuduh meminang gadis yang bernama Gaiseena, melalui keluarganya pada tahun lalu, namun gadis itu menolaknya.
Namun Quraishi belum boleh memastikan apakah tertuduh dan seorang rakannya tersebut merupakan kerabat atau tidak.

Insiden itu terjadi selang satu bulan, setelah empat anggota polis tempatan Afghanistan (ALP), dijatuhi hukuman penjara lantaran memperkosa seorang perempuan.

Kes Cemburu! Gadis Ini Diceraikan Suami Kerana Terlalu Cantik!




MELBOURNE:Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Jason, 28, bertindak menceraikan isterinya yang baru sahaja berkahwin selama tiga bulan akibat terlalu cemburu kerana ramai lelaki yang mengganggu isterinya setiap malam melalui telefon atau datang ke rumahnya.

“Saya tidak tahan dengan situasi kehidupan kami sekarang. Isteri saya mempunyai ramai peminat dan sentiasa diganggu. Mungkin adalah lebih baik kalau kami bercerai.” katanya.

Isteri beliau, Katy, 27, sangat terkejut dengan tindakan itu dan tidak dapat menerima kenyataan, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jason tetap dengan pendirianya.


MyTabloid