Wira Lahad Datu terima Ijazah Dari UUM


SINTOK – Wira Lahad Datu yang terkorban, Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, terima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian sempena Majlis Konvokesyen Ke-26 Universiti Utara Malaysia (UUM), sebentar tadi.

Ijazah dianugerahkan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, selaku Canselor UUM, kepada balu Allahyarham, Nor Aziah Noor.

Turut disampaikan sumbangan nilai yuran kepada balu Allahyarham oleh UUM berjumlah RM13,000 serta sumbangan khas kakitangan universiti terbabit, RM20,739. – BHarian

Posting Komentar