Amy Search terkilan tak sempat tunai hajat Bob Kuman


JUMAAT, 4 MEI 2012


NORMAH OTHMAN menabur bunga di pusara suaminya Allahyarham Bob Kuman di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Ulu, Rantau, Negeri Sembilan semalam.




PETALING JAYA – “Bro, gua sebenarnya dah jauh.”Itulah kata-kata pelakon dan pelawak, Allahyarham Bob Kuman yang tidak dapat dilupakan oleh penyanyi rock, Amy Search semasa mereka berbual menerusi telefon kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, kata-kata arwah itu masih terngiang-ngiang ditelingannya seolah-olah sudah memberi petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

“Saya juga terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhir Allahyarham yang inginkan alat pemain MP3 sebagai hadiah hari jadinya.

“Saya sudah membeli alat tersebut dan menyimpannya di rumah. Malangnya saya tidak dapat menyerahkan alat itu kepadanya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Takkan Nak Bersolat Pun Nak Tunjuk – Anis Nabilah

Takkan Nak Bersolat Pun Nak Tunjuk? - Anis Nabilah

Abang Nara tak berapa kenal atau tahu mengenai Anis Nabilah ini. Yang Abang Nara tahu, Anis ialah seorang chef selebriti yang rancangannya selalu keluar di Astro.
Rupa-rupanya Anis Nabilah dan 3 orang adik beradiknya ada program realiti yang diberi nama Dream Sisters.
Secara jujur, Abang Nara tak pernah tengok rancangan yang ditayangkan di TV9 ini.
Namun daripada apa yang Abang Nara baca, ramai yang menyamakan Dream Sisters dengan rancangan Hollywood, Keeping Up With Kardashians.
Malah ada yang menyatakan program ini terlalu kebaratan dan tiada nilai Islam di dalamnya.
Anis Nabilah dengan tegas menafikan programnya itu menciplak Keeping Up With Kardashians.
Berkata kepada Berita Harian, Anis Nabilah memberitahu program terbitannya itu bertujuan memberi inspirasi kepada remaja mengejar impian.
dreamsister
Kata Anis:-
Jika buat program dengan kawan, orang akan anggap saya macam Paris Hilton pulak. Orang akan cakap apa saja kalau mereka tidak berpuas hati. Bagi saya, apa yang kami paparkan lebih kepada memberi inspirasi kepada remaja dalam mengejar impian mereka.
Ini bukan drama, sebaliknya realiti kehidupan kami yang sebenar. Takkanlah bersolat pun hendak ditunjukkan. Itu antara kita dengan Allah. Kami masih memaparkan budaya Melayu dan agama ketika perkahwinan adik saya di sebuah masjid.
Kehidupan kami sebenarnya sama saja seperti orang lain. Tidak ada apa yang membezakan kami dengan wanita di luar, cuma mungkin orang nampak kami di TV, jadi orang anggap kami mewah. Hakikatnya, rutin harian saya di rumah menguruskan ibu saya yang kurang sihat dan menukar lampin atuk setiap hari.
Hmmmm. Khabarnya Dream Sisters akan dilanjutkan ke musim kedua tidak lama lagi.
Abang Nara mesti kena tengok juga satu episod nanti. Boleh juga tahu apa yang chef selebriti di Malaysia lakukan setiap hari. Pasti menarik.
Apa pendapat anda yang pernah menonton Dream Sisters? – Beautifulnara

KETAHUI KHASIAT TERUNG SUSU KAMBING


Bentuk buah terung ini memang pelik, sangat mirip seperti susu kambing. Disebalik bentuknya yang pelik tersembunyi khasiatnya yang hebat. Terung susu kambing juga dikenali dengan nama terung tetek kambing berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Buahnya berwarna hijau dan putih ketika muda dan bertukar kuning terang dan berkilat apabila masak. 

Pokok terung susu kambing sukar dijumpai, hanya  orang yang tahu kegunaanya sahaja yang menanamnya. Buahnya mampu menjadi penawar kepada banyak penyakit. Rasanya pula kelat dan baunya kurang menarik. Biasanya buahnya dijual RM5.00 untuk tiga biji.

Buah terung susu kambing sangat mujarab untuk merawat penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi.
Buah yang baik untuk dijadikan ubat adalah buah yang tua kekuningan dan berkilat. Perlu dibasuh bersih dan dipotong memanjang setebal 1 cm.

Gunakan 2 atau 3 biji buah terung susu kambing,kemudian masukkan ke dalam periuk, selok-eloknya periuk tanah dan campurkan dengan 3 cawan air. Didihkan dan tinggalkan anggaran satu cawan sahaja, kemudian biarkan sehingga suam-suam kuku, barulah di minum.

Amalkan meminum air rebusan buah susu kambing 1 hari sekali selama 3 bulan secara teratur. Untuk 3 kali rebusan memerlukan 3 biji buah terung susu kambing. Sesudah itu hendaklah diganti dengan buah yang baru pula.

Mereka yang berpenyakit kencing manis dan darah tinggi akan mengalami perubahan setiap kali menjalani pemeriksaan di hospital.

Tips Seks Lebih Ghairah Suami Isteri

Salam semua,





  1. Komunikasi. Belajarlah untuk berkomunikasi dengan lembut dan sopan terhadap pasangan anda. Lupakan segala masalah atau selesaikan segala masalah dengan baik terhadap pasangan anda.
  2. Belajarlah untuk berfikiran terbuka mengenai persoalan seksual yang anda alami, baik ketika di ranjangatau ketika ada di tempat lain
  3. Elakkan berbual mengenai perkara yang tidak disenangi pasangan anda. Berbuallah mengenai sesuatu yang disukai atau menghiburkan pasangan anda. Ini akan membuatkan pasangan anda berasa lebih dekat kepada anda secara fizikal dan mental.
  4. Berbual mengenai apa yang anda dan pasangan anda mahu lakukan ketika “bersama”. Berfikitan terbuka amat digalakkan.
  5. Cuba jangan terlampau memfokuskan untuk mencapai klimaks ketika mengadakan hubungan seks bersama pasangan anda. Ini dapat menambah masa “permainan” anda supaya masing-masing lebih terhibur.
  6. Banyakkan bertentang mata dengan pasangan anda, terutamanya ketika mencapai klimaks. Ini meningkatkan keintiman dan suasana romantik “permainan” anda.
  7. Mulakan “permainan” anda dengan bercumbu dengan pasangan anda. Jangan terlalu rakus. Lakukan perlahan-lahan dan ditambah dengan sentuhan-sentuhan mesra.
  8. Hargai pasangan anda!
sumber


Urus Hutan Malaysia ketiga tercorot di dunia

Harakahdaily, 05 Jan 2013
KUANTAN: PAS mempertikaikan sikap hipokrit Umno/BN dalam aspek pengurusan hutan negara apabila mereka sendiri yang bertanggungjawab mengheret Malaysia ke kedudukan ketiga tercorot di dunia berbanding 132 buah negara dari aspek pengurusan hutan.

Perkara ini telah dicatatkan dalam Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar Dunia yang diterbitkan Universiti Yale Amerika Syarikat baru-baru ini.

Demikian kata Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang (LPPAS), Andansura Rabu (gambar atas) dalam satu kenyataannya.
 
Media Umno sejak akhir-akhir menyerang Kedah dan Kelantan kononnya gagal mengawal penebangan hutan di negeri masing-masing.

Padahal apa yang cuba dibuat Umno adalah menyekat pembangunan di negeri berkenaan khasnya menyekat sumber kewangan bagi negeri-negeri Pakatan itu.


(Kemusnahan hutan di Pahang)

Menurut Andansura, laporan tersebut juga menggambarkan betapa teruknya prestasi negara selama 1 dekad ini (2002-2012) dalam mengurangkan kesan kepada Daya Tahan Ekosistem dan Sumber Asli Negara.

Bagi Andansura, Umno sudah kehabisan modal politik sehingga sanggup menuduh Kedah dan Kelantan, sedangkan pada hakikatnya, merekalah yang sebenarnya gagal dalam menguruskan hutan di negeri yang ditadbir mereka sendiri dengan baik.

"Seperti juga isu Air, mereka menghentam Kelantan dan Selangor tetapi pada hakikatnya di Pahang sendiri Krisis Air masih tak selesai-selesai, merujuk kepada memorandum Krisis Air Pahang yang diserahkan wakil PAS Negeri ke MB Pahang baru-baru ini," katanya.

Di Pahang sendiri, katanya, boleh lihat banyak penerokaan hutan yang gagal diuruskan dengan baik contohnya di Hutan Simpan Kemasul (sebelah Felda Kemasul, Kempung Cemomoi Mancis) yang melibatkan 3000 hektar kawasan hutan.

Projek Empangan Kelau yang melibatkan 1057 hektar Hutan Simpan Lakum, Mukim Hulu Lepar di Kuantan, manakala Hutan Simpan Tekai, Kg. Bantal, dan Kg. Mat Daling yang melibatkan 700 hektar kawasan hutan.

"Tidak ketinggalan juga kawasan pelancongan di negeri itu khususnya di Mukim Hulu Jelai Cameron Highlands dan di Tasik Chini," katanya.

Bagi beliau, bukan sahaja pencemaran kepada alam sekitar akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal ini serta kelemahan aspek penanaman semula hutan, kehidupan masyarakat Orang Asli juga terjejas.

Andansura berharap Umno khususnya Kerajaan Persekutuan dan di negeri-negeri yang ditadbir mereka tidak hipokrit dalam isu ini kerana banyak pendedahan penyelewengan pengurusan hutan di bawah Umno/BN akan didedahkan dengan lebih banyak lagi selepas ini.

Genneva Malaysia Dewan Rakyat diberitahu 35 000 terlibat pelaburan RM10 bilion

sinarharian
31 Oktober 2012
Awang Adek
Datuk Dr Awang Adek Hussin
KUALA LUMPUR - Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, dikesan terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion, dan boleh mencecah RM10 bilion.
Beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.
"Pertama, syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas di mana emas ini ada tarikan sentimental. Ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. (Bagi mereka) Terdapat perasaan bahawa ini satu perniagaan betul.

"(Kedua) BNM terpaksa mengimbangi keadaan dan tidak boleh terus masuk pada satu masa. Contoh, kalau hari  ini masuk dan siasat, BNM pun kena marah kerana disebabkan BNM masuk, pelabur hilang pulangan.
"Jadi BNM kena imbangi, tidak boleh terlalu cepat. Keseimbangan ini penting dan mustahak. Saya  rasa kita semua akan belajar dari pengalaman ini semoga pengendalian kes lebih baik pada masa akan datang," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas).
Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen, liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas berkenaan melebihi aset syarikat dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Baru-baru ini pihak berkuasa menyerbu Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya kerana disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Menjawab soalan asal oleh Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai tindakan kementerian dalam membendung skim cepat kaya yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram, Awang Adek berkata BNM sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang menjalankan skim seperti itu.

Selain itu katanya kementerian dengan kerjasama agensi kerajaan lain, termasuk bahagian penguatkuasaan, mengadakan pemantauan dan risikan serta maklumat menerusi aduan orang ramai.- Bernama

Polis Rampas Pistol 10 Peluru Di Cheras

Polis Rampas Pistol, 10 Peluru Di Cheras

KUALA LUMPUR – Polis merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru daripada seorang lelaki berusia 52 tahun yang ditahan ketika memandu dalam keadaan mencurigakan di Taman Midah, Cheras di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata lelaki itu ditahan oleh pasukan peronda polis pada pukul 10.30 malam dan hasil pemeriksaan menemukan sepucuk pistol Baretta 9mm bersama 10 butir peluru hidup.
Siasatan awal juga mendapati kereta Mercedez Benz yang dipandu lelaki itu dipercayai dicuri, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methtetapi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya menambah suspek tidak mempunyai permit untuk menyimpan senjata api.
Beliau berkata suspek direman sehingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Bernama