Video Wanita Ditolak Polis Hingga Tersembam


Rakaman video seorang wanita di Chicago yang ditolak seorang anggota polis sehingga mukanya tersembam pada konkrit di lokap nyata mengejutkan ramai pihak.

Wanita itu, Cassandra Feuerstein, 47, mengalami keretakan tulang di bahagian muka dan terpaksa menjalani pembedahan untuk memperbetulkan semula struktur tersebut.

Video tersebut dikeluarkan oleh peguam yang mewakili Feuerstein yang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pegawai yang melakukan perbuatan itu terhadapnya.

Kejadian itu bermula apabila wanita itu ditahan pihak polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Melalui rakaman itu, Feuerstein yang pada mulanya berada di dalam lokap itu dibawa keluar.

Bagaimanapun, pegawai tersebut dilihat menarik wanita itu masuk semula ke dalam lokap sebelum menolaknya kuat sehingga tersembam ke bangku konkrit itu.

Feuerstein dilihat terbaring dengan darah di atas lantai sebelum beberapa pihak polis memberi bantuan perubatan ke atasnya.

Menurut peguamnya, wanita itu mengaku bersalah atas kesalahan alkoholnya, namun kini menfailkan pula dakwaan ke atas pegawai yang mendatangkan kecederaan terhadapnya.

Wanita Bertudung Dengan Sanggul Bonggol Unta Tidak Akan Mencium Bau Syurga


 Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

Wanita Terkejut Remaja Datang Serah Bayi Pukul 3 Pagi!

Bayi


KIJAL – “Kak, tolong jaga ‘baby’ saya,” kata seorang gadis berusia lingkungan18 tahun sambil menghulur bayi perempuan kepada Roszita Mat Yasin, 27, selepas mengetuk pintu rumah pembantu kedai makan itu di Kampung Meraga Beris, di sini, kira-kira jam 3 pagi.
Roszita berkata, dia yang masih separuh sedar kerana baru terkejut dari tidur segera menyambut sekujur tubuh kecil seberat 2.8 kilogram itu yang lengkap berpakaian, tetapi masih terdapat tompokan darah dan lendir kering pada bahagian kepala bayi itu.
“Namun tak dan (sempat) saya tanya apa-apa, remaja perempuan itu terus tinggalkan saya terpinga-pinga di muka pintu. Dia segera masuk ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang menunggu di depan rumah dan saya nampak kelibat seorang lelaki dalam kereta tu.
“Kereta itu kemudian meluncur laju menuju ke arah Chukai, tapi saya tak cam warna dan nombor plat (pendaftaran) kereta itu sebab gelap dan saya masih mamai,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Ketika kejadian tiga minggu lalu itu, Roszita tinggal berdua bersama anak tunggalnya, Muhammad Amirul Shah Muhamad Jamri, 9, kerana suaminya, Muhamad Jamri Abd Kadir, 42, bekerja di kilang papan tidak jauh dari rumah mereka.
Namun, ketika nyenyak tidur, Roszita terdengar pintu rumahnya diketuk sambil mendengar orang memberi salam.
“Saya tidak rasa takut ketika membuka pintu kerana sangka yang mengetuk itu adik-beradik saya yang tinggal sebelah menyebelah, kerana mereka biasa juga ketuk pintu awal pagi. Dia berikan bayi itu sehelai sepinggang tanpa nota atau sebarang dokumen,” katanya.
Badan bayi berbau busuk
Menurutnya yang bekerja di kedai makan ibunya, walau dalam cahaya samar-samar, dia nampak jelas muka gadis memakai tudung, baju T dan berkain batik itu, tetapi keadaan bayi misteri itu agak menyedihkan kerana badannya berbau busuk.
Ketika diserahkan, bayi misteri itu dipercayai berusia dua minggu berdasarkan keadaan tali pusat telah tertanggal.
Begitu pun, Roszita tidak segera melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa kerana menyangka remaja perempuan itu akan datang kembali mengambil bayi itu di rumahnya.
“Selepas dua hari berlalu remaja itu masih tidak muncul, jadi saya bersama suami merujuk kes itu di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kemaman sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Chukai pada hari sama.
“Pihak polis kemudiannya mengarahkan saya membawa bayi itu ke Hospital Kemaman dan ditahan di wad selama tiga hari kerana bayi ini tidak mendapat suntikan sebagaimana bayi lain ketika dilahirkan,” katanya.
Beri susu badan Roszita berkata, walaupun kemunculan bayi itu sangat misteri dan menjadi tanda tanya buatnya sekeluarga tetapi perasaan sayang seperti anak sendiri wujud dalam dirinya selepas selepas seminggu menjaga bayi itu.
“Saya dapatkan suntikan untuk memberi susu badan kepada bayi ini dan ia diselang seli dengan susu botol,” katanya yang kebetulan menginginkan lagi zuriat kerana sukar hamil disebabkan masalah buah pinggang dihidapi ketika kecil.
Urusan pendaftaran kelahiran diuruskan JKM dan bayi tersebut dinamakan Nur Aishah Humaira yang mana nama itu diberikan oleh anak tunggal Roszita sendiri.
Minta waris tampil
Sementara itu, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Kanak-kanak Pejabat JKM Daerah Kemaman, Salmi Abdullah meminta waris bayi itu tampil bagi merungkai misteri kerana identiti bayi itu belum diketahui.
“Setakat ini, kita tidak tahu bangsa bayi ini dan apa-apa maklumat lain mengenainya jadi waris diharap dapat menghubungi JKM menerusi talian 09-8581686 atau terus datang ke Pejabat JKM Daerah Kemaman,” katanya.
Katanya, berdasarkan perintah sementara oleh mahkamah, bayi kini di bawah pengawasan Pejabat JKM Daerah Kemaman. - Sinar Harian Online