Video Wanita Ditolak Polis Hingga Tersembam


Rakaman video seorang wanita di Chicago yang ditolak seorang anggota polis sehingga mukanya tersembam pada konkrit di lokap nyata mengejutkan ramai pihak.

Wanita itu, Cassandra Feuerstein, 47, mengalami keretakan tulang di bahagian muka dan terpaksa menjalani pembedahan untuk memperbetulkan semula struktur tersebut.

Video tersebut dikeluarkan oleh peguam yang mewakili Feuerstein yang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pegawai yang melakukan perbuatan itu terhadapnya.

Kejadian itu bermula apabila wanita itu ditahan pihak polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Melalui rakaman itu, Feuerstein yang pada mulanya berada di dalam lokap itu dibawa keluar.

Bagaimanapun, pegawai tersebut dilihat menarik wanita itu masuk semula ke dalam lokap sebelum menolaknya kuat sehingga tersembam ke bangku konkrit itu.

Feuerstein dilihat terbaring dengan darah di atas lantai sebelum beberapa pihak polis memberi bantuan perubatan ke atasnya.

Menurut peguamnya, wanita itu mengaku bersalah atas kesalahan alkoholnya, namun kini menfailkan pula dakwaan ke atas pegawai yang mendatangkan kecederaan terhadapnya.

VIDEO Shila Amzah Ajuk Maknya… “Macam Cantik Macam Comel Je”





Belum reda nampaknya minat rakyat Malaysia meniru aksi Syasya menyebut “macam cantik je.. macam comel je..”.

Malah artis pun nampaknya tak ketinggalan menggunakan ayat tersebut.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Antaranya Shila Amzah yang menyebut “macam cantik je.. macam comel je..” apabila merujuk kepada emaknya dalam video di bawah.

Tak apalah, memang mak Shila Amzah merangkap isteri kepada bapa Shila Amzah iaitu ND Lala ni memang cun pun.. – REM RAMZI

Pertandingan Muay Thai Dahsyat Video

Muay Thai dikenal sebagai salah satu olahraga terberingas di dunia, tapi tak selamanya pertandingan antara dua orang atlet Muay Thai yang sedang adu jotos terlihat seperti pemandangan horor. Kadang ada juga yang malah boleh buat kita ketawa, contohnya yang satu ini.

Sebelum melihat pertandingan ini sampai selesai, saya sempat kebingungan menebak apakah pertandingan ini benar atau cuma rekayasa. Sekilas seperti adegan berantam-berantaman antara Sule dan Andre di opera van java, tapi cara kedua atlet menendang dan memukul terlihat cukup serius. Jadi asli apa bukan? Tonton saja videonya sampai habis :)