Belasan Rumah di AS Runtuh Ditelan Bumi

Khamis, 16 Mei 2013 

Rumah di Lake County Tertelan Bumi (Foto: Sky News) 
 Rumah di Lake County Tertelan Bumi (Foto: Sky News)
LAKE COUNTY – Belasan rumah di Kota Lake County, Amerika Syarikat   tiba-tiba ambruk ditelan bumi. Polis    memerintahkan warga keluar menyelamat diri  dari rumah mereka.

10 rumah di kota itu sudah rata dengan tanah. Sedangkan delapan lainnya berada dalam kondisi yang kritikal.

Peristiwa tersebut merupakan yang pertama kalinya terjadi di Lake County. Tanah di sekitar kota itu memang diketahui tidak stabil.

“Awalnya pintu dan jendela tidak boleh ditutup. Kemudian bangunan rumah mulai retak-retak,” ujar seorang warga Lake County Scott Spivey, seperti dikutip Sky News, Khamis (16/5/2013).

“Sangat menyakitkan melihat rumah kami hancur begitu saja. Kami membangun rumah itu dengan kerja keras,” terang Spivey.

Petugas menyebut warga Lake County masih beruntung kerana rumahnya runtuh secara perlahan. Jika tanah dibawah rumah mereka sangat tidak stabil, kediaman mereka itu boleh runtuh dalam sekelip mata. (ade)
okezone.com 

4 Gambar Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh



Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.


Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.


Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar. Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.