Gambar Hanez Suraya Bercuti Di Pulau Redang Yang Dikutuk Peminat




 Selepas Lana Nordin menjadi mangsa kritikan dan kutukan keras dari para peminat, kini giliran Hanez Suraya pula menerima nasib sama apabila beberapa gambar yang dimuatnaik di akaun Twitter telah dikutuk dan dikritik teruk oleh para peminatnya. Antara komen tersebut ialah seperti berikut.


Bertindak balas dengan beberapa komen negatif dari kalangan peminat, Hanez Suraya telah membuat kenyataan keras yang agak berbaur sindiran seperti yang korang boleh baca di bawah.


Ini pula ialah beberapa gambar yang dimuatnaik oleh Hanez Suraya di akaun Twitternya dan mendapat reaksi negatif dari para peminat.




4 Gambar Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh



Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.


Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.


Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar. Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.