Seorang Blogger diseksa hingga Mati

 
Foto: Orange
Foto: Orange
TEHERAN – Iran dituduh menyiksa hingga mati seorang blogger yang ditangkap kerana memberikan kritik kepada pemerintah. Blogger tersebut, Sattar Beheshti, ditangkap oleh polis internet Iran, Fata, di rumahnya di kota Robat Karim, Iran.

Beheshti kemudian dibawa pihak polis  ke penjara Evin di ibu kota Teheran. Pihak keluarga tidak pernah mendengar khabar dari Beheshti sejak ditangkap, sebelum akhirnya pihak penjara menelepon mereka untuk membawa jenazah Beheshti pulang.

Seperti dilansir Guardian, Jumaat (9/11/2012), Pihak pembangkang Iran langsung menuduh pemerintah telah melakukan penyiksaan terhadap Beheshti hingga ia akhirnya meninggal.

Jenazah Beheshti kemudian dikuburkan di pemakaman keluarganya. Pemerintah Iran hanya mengizinkan satu orang anggota keluarga Beheshti untuk mengikuti proses i pemakaman. Proses pemakaman tersebut dilaporkan dijaga ketat oleh pihak pemerintah.

Sebelum dia ditangkap dan kemudian mati, Beheshti menulis dalam blognya bahawa dia seringkali mendapatkan ancaman dari   pemerintah. “Mereka mengatakan bahawa ibu saya suatu saat nanti akan memakai baju pemakaman apabila saya tidak juga menutup mulut," tulis Beheshti sebelum kematiannya.

“Saya bilang kepada mereka saya hanya menulis apa yang saya lihat. Namun mereka bilang bahawa mereka akan menutup mulut saya dengan cara apapun sehingga jejak saya tidak ditemukan lagi," lanjut tulisan Beheshti dalam blognya.

Aktivis HAM menuduh Iran seringkali melakukan pelanggaran HAM, termasuk menyiksa tahanan politik disana. Di lain pihak pemerintah Iran membantah hal tersebut dan menyatakan negaranya tidak melakukan penahanan kerana sebab-sebab politik.(faj)

Berat Turun 114 Kilogram Gara gara Takut Mati


APABILA diberitahu doktor dia hanya ada masa 5 tahun sahaja lagi untuk hidup dengan berat badannya ketika itu, Charmaine Wilkinson, 34, mula berasa sangat takut.

Justeru, dia berusaha keras mengubah gaya hidup hingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 114 kilogram dalam masa setahun sahaja.

Beratnya sebelum itu sekitar 215 kilogram. Menurut doktor tulang-tulangnya akan hancur jika berat badannya terus meningkat seterusnya membawa kepada kematian.

Charmaine kemudiannya menjalani pembedahan usus dan mengubah gaya hidup. Hasilnya, ukuran bajunya yang bersaiz 32 (ukuran Eropah) kini cuma saiz 12.

Ketika gemuk, Charmaine menyatakan dia mengalami kesukaran bernafas dan sulit untuk berjalan seperti wanita tua.

Berat badannya mula meningkat selepas dia melahirkan anak, Maison, 13 dan Poppy, 4. Tabiatnya yang gemar makan makanan ringan dan minuman manis memburukkan lagi keadaan.

Kini, Charmaine merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama tunang yang sudah bersamanya selama 11 tahun.

Memandangkan tubuhnya kini jauh bebeza, dia tidak sabar untuk mengenakan gaun pengantin kelak. - REM RAMZI