Pengertian Garis Bagi Garis Berat dan Garis Tinggi

garis tinggi, bagi dan berat

Untuk lebih mengerti dengan pengertian dari ketiga garis tersebut, maka perhatikan dulu gambar diatas. Disana ada segitiga ACE dan juga ada garis CF, BE dan AD. Pengertian dari masing-masing garis adalah sebagai berikut :

(1) Garis Tinggi adalah garis yang tegak lurus dengan alasnya. Dalam hal ini garis tinggi itu adalah garis AD, dimana garis AD tegak lurus dengan alas CE. Garis tinggi juga menandakan tinggi dari segitiga tersebut.

(2) Garis Bagi adalah garis yang membagi sebuah sudut menjadi dua sudut yang sama besar. Dalam contoh diatas garis bagi adalah garis BE. Garis BE membagi sudut CEA menjadi dua sudut sama besar, yaitu sudut CEB dan BEA.

(3) Garis berat adalah garis yang membagi sebuah garis menjadi dua bagian sama panjang. Contoh diatas adalah garis CF. Garis CF membagi garis AE menjadi dua garis yang sama panjang, yaitu garis AF dan FE.

Nah, itulah pengertian dari garis tinggi, garis bagi dan juga garis berat. Semoga membantu ya..

Aidiladha TNB Keluar Garis Panduan Keselamatan


KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan garis panduan keselamatan elektrik kepada orang ramai bersempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha yang bermula esok.

TNB dalam satu kenyataan media memberitahu, nasihat itu bagi mengingatkan mereka supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan menitikberatkan aspek keselamatan elektrik pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

“Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini sepanjang musim perayaan ini, para pengguna boleh mematuhi beberapa panduan yang digariskan oleh TNB,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membuat sambungan sendiri untuk pelbagai jenis peralatan elektrik sebaliknya mendapatkan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menambah beban pada soket atau punca kuasa elektrik dengan penggunaan `adaptor’ elektrik secara berlebihan dan memastikan gulungan `extension cable’ dibuka sepenuhnya untuk mengelakkan ia menjadi terlalu panas apabila digunakan.

TNB turut meminta orang ramai menjauhkan `extension cable’ daripada kawasan berair jika ada pemasangan peralatan elektrik di luar rumah serta memastikan Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) berfungsi dengan baik.

“Tutup dan tanggalkan plug dari bekalan kuasa jika tidak digunakan apabila keluar dari rumah. Jangan menghampiri kawasan larangan TNB dan laporkan sebarang kejanggalan dan pencerobohan berkaitan pepasangan TNB di talian 15454,” kata kenyataan itu.