Azlyn Massiela Sendiri Dah Mengaku Fizz Fairuz


Fizz Fairuz

Lagi kisah mengenai Fizz Fairuz. Hari ini menerusi Berita Harian, Fizz memberitahu yang pihak perempuan sendiri mengaku sudah berkahwin apabila ditanyanya, baru-baru ini.
“Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya telah terbongkar.
“Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka sah di sisi agama,” jelas Fizz Fairuz.
Tambahnya, mereka cuma belum daftar di dalam negara untuk mendapatkan sijil kahwin yang sah.
“Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya.
“Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang,” katanya.
Fizz turut menambah, sebenarnya bapa Azlyn seolah-olah tahu apabila diajukan persoalan tentang perkahwinan Azlyn sebelum ini, tetapi alasan yang diberi ialah Azlyn dilarikan ketika berkahwin dulu.
Sebelum ini, Fizz Fairuz bertunang dengan gadis dari Kuantan, Pahang iaitu Azlyn Massiela namun hanya mampu bertahan selama seminggu saja sebelum Fizz mendapat tahu yang Azlyn ada isteri orang.
Kisah ini menjadi semakin rumit apabila suami kepada Azlyn iaitu Ramli memberitahu Azlyn adalah isteri keduanya yang dinikahinya di Thailand.
Malah, kata Ramli isterinya itu pernah ‘hilang ingatan’ selama 8 bulan selepas kemalangan. [sumber]

Posting Komentar