Honda lupus 1 055 unit kereta

Sebahagian kereta Honda yang rosak akibat banjir dikumpulkan untuk dilupuskan di kilang Honda di Ayutthaya, wilayah tengah Thailand, semalam. - AGENSI


BANGKOK 27 Dis. - Pengeluar kereta Jepun, Honda hari ini mula melupuskan sebanyak 1,055 kereta jenama itu yang terjejas semasa banjir melanda Thailand, baru-baru ini bagi memastikan tidak ada kereta yang rosak dijual kepada pengguna.
Syarikat tersebut dalam satu kenyataan berkata, proses melupuskan kereta-kereta itu di loji Honda di wilayah Ayutthaya, akan mengambil masa sebulan.

Loji tersebut terletak di Taman Industri Rojana, lokasi yang terjejaas teruk akibat banjir yang melanda pada awal Oktober lalu sehingga menyebabkan operasi pengeluaran kenderaan itu terpaksa dihentikan.

Gambar pemandangan dari udara yang diambil semasa banjir melanda di kawasan itu merakamkan kereta-kereta baru di loji itu ditenggelami banjir lumpur.

"Walaupun kami sempat memindahkan kereta-kereta baru ke kawasan yang selamat, sebanyak 1,055 kereta di loji ini terjejas akibat banjir lumpur.

"Kami tidak akan menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan. Alat ganti kereta juga tidak akan dijual atau digunakan semula," kata Naib Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.

Kebanyakan kereta yang akan dilupuskan merupakan kereta jenama Honda City sedan, Honda Brio dan Honda Jazz hatchbacks.

Operasi pengeluaran kenderaan itu dari kawasan itu masih belum disambung lagi buat masa ini.

Thailand awal bulan ini melaporkan, seramai 700 maut dalam banjir tersebut yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayahnya dan memaksa penutupan tujuh taman industri utama, sekali gus menjejaskan bekalan produk dunia.

Walaupun banjir telah surut sepenuhnya, banyak kawasan masih belum pulih dan masih perlu dibersihkan. - AFP

SOURCE LINK

Populariti PM hanya naik 1 peratus lepas belanjawan


Malaysiakini Dis 14 2012 
Satu tinjauan yang dijalankan selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus pada November berbanding 64 peratus pada Jun tahun ini.
Belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 itu, yang perlu diadakan sebelum Jun 2013m dilihat sebagai belanjawan pilihan raya yang mencadangkan antara lainnya bayaran tunai kepada isirumah berpendapatan rendah dan golongan muda.

Tinjauan itu dijalankan pusat kajian Merdeka Center di antara 22 Oktober hingga 20 November, sebelum perhimpunan agung Umno, untuk menilai persepsi pengundi ke atas perkembangan semasa di dalam negara.