Menteri kupas pelan pendidikan negara


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bicara Minda anjuran Sinar Harian kali ini menampilkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengupas isu  pendidikan nasional negara. 

Ikuti kronologi langsung dan petikan menarik dialog bersama pemimpin ini yang berjudul " Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Satu Perspektif" yang sedang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini :-

10.30am - Orang ramai sudah mula membanjiri Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. 

10.50am - Datuk Seri Idris Jusoh baru sahaja tiba.

10.53am - Program Bicara Minda bersama Sinar Harian baru sahaja bermula.

11.00am - Macam-macam orang kata, pelajar sekarang kurang pandai berfikir, kurang pandai berkomunikasi dan bahasa Inggerisnya teruk.

11.01am - Selepas kita analisa, memang betul lah teruk seperti yang dikatakan masyarakat. 

11.03am - Sebab itu, Muhyiddin tergerak untuk tinjauankan pelan induk ini.

11.04am - Saya yakin negara kita akan meningkat, sekolah kita akan menjadi 1/3 terbaik di dunia. Ini objektif kita.

11.05am - Salah satu daripada lima aspirasi sistem, akses kepada pendidikan. Untuk pastikan tak ada yang ketinggalan. Di Semenanjung, mungkin tiada masalah.

11.12am - Ujian dijalankan kepada guru yang mengajar BI, tahun lalu. Keputusannya, hanya 1/3 lulus. Jadi, hanya 1/3 guru yang layak mengajar BI. 

11.13am - 5,000 guru sudah menjalani program peningkatan mengajar BI. 9,000 akan datang.

11.15am - Pelajar kita bukan sahaja belajar BM, BI tapi juga digalakkan belajar Mandarin dan Tamil.

11.16am - Kita hendak tinjauankan pelajar yang bukan sahaja boleh menghafal tetapi juga berfikir.

11.16am - Kita hendak pastikan sekolah tidak berorientasikan peperiksaan, ia mesti berasaskan Penilaian Berasas Sekolah (PBS).

11.17am - Di mana guru menilai cara pelajar belajar, berinteraksi dan sebagainya, kemudian direkod penilaian itu secara menyeluruh bukan peperiksanan semata-mata sahaja.
11.18 am - Keadaan bertambah baik, pastikan guru tidak dibeban PBS tapi boleh capai matlamat kita menilai pelajar.

11.20 am - Pelaksanaannya ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru.

11.20 am - Sistem baik cuma pelaksanaan perlu diperbaiki, saya akuinya.

11.21am - Guru kerjaya pilihan, ia kerjaya mulia dan murni kerana mendidik masyarakat. 

11.22 am - Kementerian pastikan hanya 30 peratus sahaja terbaik jadi guru.

11.23 am - Syaratnya sekarang sekurang-kurangnya 7A di Semenanjung dan Sabah Sarawak 5A.

11.25am - Setiap 6 bulan kita mengadap PM, apa KPI kita.

11.30am - Moderator: Guru dikatakan terbeban dengan banyak tugas, bagaimana pelaksanan itu harus dilakukan?

11.32am - Adakah pelan pendidikan ini baik atau sebaliknya. PBS baik atau tidak, ia isu pelaksanaan. Tiada jalan betul di mana kita hendak laksanakan.

11.33am - Isu akses internet di kawasan tertentu, guru gemar baca manual dan lain-lain.

11.34 am - Sikap keterbukaan guru, kita (menteri) berjumpa dengan formal dan tidak, saya akui ada masalah tetapi ia akan dapat laksanakan sebaiknya.

Posting Komentar